BLOG MILO AIS SUAM

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK KAMPUNG GEMUROH, 21060 KUALA TERENGGANU (09-6667882)KOD SEKOLAH : TBA3067

Visi , Misi dan Lagu Sekolah



Visi Sekolah
 
Menjadi antara sekolah terbaik dalam zon Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tok Jiring
 menjelang Tahun 2013.

Misi Sekolah

Memberikan pendidikan terbaik kepada semua murid untuk melahirkan insan cemerlang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagi merialisasikan misi tersebut, kami :

1) Berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik melalui aktiviti P&P yang berkesan.
2) Berusaha meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui pendekatan yang inovatif.
3) Berusaha meningkatkan kecemerlangan sahsiah murid melalui program bina insan yang efisien dan efektif.
4) Berusaha menjadikan kawasan sekolah dan kelas sebagai kawasan yang kondusif.
5) Berusaha meningkatkan kemahiran guru dan kakitangan melalui kursus-kursus dalaman dan luaran.
6)  Berusaha meningkatkan suasana kerja yang hormoni sesama rakan sejawat.
7) Berusaha memberikan perkhidmatan cemerlang dalam semua bidang.



Lagu Sekolah

Di bawah satu bumbung kita bernaung,
Sepenuh azam dan segala tekad,
Satu tujuan...satu cita-cita,
Menjadi insan yang cemerlang,

SKKG sekolah kami,
Tempat kami menimba ilmu,
Doa ibubapa...tunjuk ajar guru
Demi agama, bangsa dan negara. 


Ciptaan : Ahmad Yushamudden bin Yusof
Tahun 2003
  

PERINGATAN :

Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.