BLOG MILO AIS SUAM

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK KAMPUNG GEMUROH, 21060 KUALA TERENGGANU (09-6667882)KOD SEKOLAH : TBA3067

Sejarah Sekolah





LENCANA SEKOLAH :

Keterangan Mengenai Lencana Sekolah :
Warna : Berlatarkan warna Jingga dan Hijau.
Hijau : melambangkan kesegaran dan Agama Islam.
Jingga : melambangkan semangat ingin maju dalam pelajaran dan
pelbagai kegiatan di sekolah.

Bentuk : Lencana berbentuk perisai bagi mempertahankan segala unsur-unsur
luaran yang tidak diingini. Obor dan buku kurikulum sekolah. Gelang-
gelang berangkai menunjukkan penglibatan dalam kokurikulum.

Motto : BELAJARBERUSAHABERJAYA

Ukuran : 5 cm x 4 ½ cm
Pencipta : Encik Abu Bakar bin Abdullah

Catatan :
Lencana ini mula digunakan pada 26 Oktober 1980
(Sempena Hari Pembukaan Bangunan Tambahan).

Warna Bendera : Hijau dan Jingga
Dahulu.....

SEJARAH SEKOLAH :

Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu telah dimulakan dan dirasmikan pada 1hb Julai 1953. Perasmiannya telah dilakukan oleh Tuan Pegawai Daerah Kuala Terengganu yang juga dihadiri oleh Tuan Penolong Pegawai Daerah, Penghulu dan penduduk-penduduk kampung sekitar.

Bangunan asal sekolah ini ialah sebuah bangunan bangsal yang telah didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk-penduduk tempatan di atas sebidang tanah kerajaan seluas 3.02 ekar.

Semasa dimulakan, sekolah ini mempunyai seramai 56 orang murid iaitu dalam Darjah 1 sahaja. Bilangan guru pula hanyalah 2 orang. Diawal-awal tahun pembukaan, keramaian murid tidak begitu pesat tetapi bertambah sehinggalah ke tahun-tahun akhir 60-an dan awal 70-an, di mana keramaian murid bertambah menjadi lebih 140 orang dan guru pula seramai 7 orang.

Perkembangan akhir-akhir tahun 70-an pula tidak begitu pesat dari segi keramaian murid-murid ini mungkin disebabkan oleh keramaian penduduk-penduduk diperkampungan sekitar tidak begitu pesat bertambah. Walau bagaimana pun, ianya tetap berkembang. Pada masa itu terdapat seramai 186 orang murid dalam Darjah 1 hingga 6 dan 8 orang guru serta seorang tukang kebun yang mula bertugas dalam tahun 1972.

Dari sebuah pondok beratap nipah, di mana dikala hujan semuanya basah disebabkan atapnya yang bocor, telah dipindahkan ke sebuah bangunan baru yang dibuat daripada kayu mengandungi 2 bilik darjah. Bangunan ini berukuran 60 kaki panjang dan 22½ kaki lebar. Bangunan ini mula didirikan pada 1 Januari 1958 dan digunakan pada 24 Februari 1958.

Pada 23 Oktober 1968, sebuah lagi bangunan yang berukuran 31 kaki panjang dan 24 ½ kaki lebar, bertiang simen untuk sebuah bilik darjah dan sebuah kantin siap didiri dan boleh digunakan.

Memandangkan bangunan asal yang pertama sudah lama dan tidak selamat lagi digunakan, lagipun bilik darjah tidak mencukupi, satu bangunan batu dua tingkat sebagai gantian telah didirikan pada 14 September 1978 dan telah siap akhir tahun 1979. Ini adalah satu projek Bank Dunia. Bangunan baru ini telah dapat dugunakan pada hari kedua penggal pertama persekolahan tahun 1980.

Bangunan ini mengandungi 5 bilik darjah, sebuah bilik perpustakaan, bilik TV Pendidikan, bilik Guru Besar, pejabat, bilik guru, tandas murid lelaki/perempuan, tandas guru lelaki/perempuan dan dua buah setor.

Disebabkan pertambahan murid yang begitu pesat, pada Oktober 1987 sebuah bangunan kekal setingkat (Projek Kilat) yang mengandungi 4 bilik darjah telah mula dibina dan siap digunakan pada 1 Mac 1988.

Sekarang.....

PERINGATAN :

Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.