Salam Ramadan diucapkan. Mudah-mudahan Ramadan kali ini memberi makna
yang begitu besar kepada hidup kita semuanya. Marilah kita memperbanyakkan
amalan dan menjauhkan diri daripada maksiat dan perkara yang boleh
membawa murka ALLAH. Moga puasa yang disebut Nabi sebagai hanya mendapat
lapar dan dahaga itu bukan puasa kita.
Bagaimana amalan kita sepanjang bulan ini? Sama-sama kita muhasabah
diri agar kita sentiasa tergolong di kalangan hambaNya yang beriman dan
beramal soleh. Di mana syurga ALLAH itu diciptakan khusus untuk dua
golongan ini.
Bulan ini adalah bulan untuk kita mendidik nafsu
kita. Kalau selama ini nafsu yang mendidik kita selama 11 bulan, cuba
pula pada 1 bulan ini untuk mendidik nafsu. Bulan ini juga bulan
mujahadah. Bukannya bulan untuk bermalas-malasan dengan alasan letih
berpuasa. Sehingga ada yang tidur selepas sahur dan hanya bangun ketika
berbuka, dahsyat! Sedangkan para sahabat boleh berperang pada bulan
Ramadan, apatah lagi kita yang langsung tidak berperang secara
mengangkat senjata ini.
Akhirnya, itu sajalah yang dapat pihak admin titipkan untuk catatan ringkas kali ini. Jumpa lagi di lain lapangan.Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka Puasa...
BLOG MILO AIS SUAM
Selasa, 24 Julai 2012
Khamis, 12 Julai 2012
Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2012
Pada 10 Julai 2012 (Selasa), SK Kampung Gemuroh telah mengadakan acara Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bermula jam 8.00 pagi. Semua guru dan murid telah terlibat dalam acara tersebut. Senamrobik tersebut dijalankan dengan berpandukan cd yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Berikut ialah suasana acara senamrobik yang telah dijalankan di sekolah.
Tahniah! Kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Syabas semua! |
Selasa, 10 Julai 2012
KEM GERAK GEMPUR UPSR 2012 DI ANESS CHALET, MENGABANG TELIPOT, KUALA TERENGGANU
Sekitar Suasana Kem Gerak Gempur UPSR 2012 yang telah diadakan di Aness Chalet, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. Untuk makluman, Kem Gerak Gempur UPSR ini telah disertai oleh murid-murid Tahun 6 dan sebahagiannya murid-murid Tahun 5. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 5, 6 dan 7 Julai 2012.
Langgan:
Catatan (Atom)
PERINGATAN :
Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.