BLOG MILO AIS SUAM

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK KAMPUNG GEMUROH, 21060 KUALA TERENGGANU (09-6667882)KOD SEKOLAH : TBA3067

Ahad, 9 September 2012

Surat Terbuka Kepada Calon UPSR 2012 Terengganu




Assalamualaikum anak-anak calon UPSR Terengganu 2012
Apa khabar kalian ? Semoga semuanya sihat dan bersemangat. Tenang dan tenteram. Masa pertarungan yang dinanti sekian lama kian mampir. Usah gentar, usah takut. Ketakutan hanyalah ada pada jiwa sang pengecut. Kamukan bukan insan seperti itu . Tidak ! Kamu pahlawan dan harapan yang telah diasuh dan dilatih oleh para pendeta untuk pertarungan ini.
Anak-anak kami yang berani,
Sebelum melangkah ke gelanggang pada 11,12 dan 13 September 2012 nanti ingin kami berpesan dan menitipkan beberapa petua agar selari pencak dengan rentaknya, selagu seirama  buah gurindamnya serta arif bijaksana mentafsir tipu muslihat persoalannya.
Pertama jangan alpa membaca Bismillah , kunci pembuka resah dan susah. Berkatnya tidak payah dicerita. Semoga dengan rahmat namaNya segala urusan bakal menjadi mudah dan sempurna. Namun ingat, sebelum turun ke gelanggang salami tangan ibuayah  yang dikasihi. Mohon keampunan dan restu. Insyaallah doanya mustajab serasi dengan izin dan kehendak Allah. Mudah-mudahan pertarungan menjadi mudah, kejayaan menjadi milik dengan gah.
Anak-anak yang budiman,
Jangan sesekali bergopoh-gapah,resah-gelisah. Sediakan awal segala peralatan dan keperluan. Syaitan sentiasa mahu kita lalai dan kucundang. Justru lawan syaitan itu dengan ketenangan dan kebijaksanaan. Teliti soalan dan jawapan dengan minda sejati dan pandangan mata hati bukannya gopoh-gapah membuta –tuli. Biar nampak mudah namun sabar,jangan terpesona godaan syaitan madah berhelah. Insyaallah dengan “ketenangan dan kesabaran” yang kusut dapat dilerai, yang sukar dapat diungkai.
Anak-anak yang bijaksana,
Sesudah selesai sesuatu pertarungan dan didapati ada berlaku sedikit kesilapan tingkah dan langkah, jangan sesal dan gunda-gelana. Jangan terbuai dalam lamunan emosi hingga hilang fokus dan kosentrasi. Kesilapan kecil bukanlah pembunuh kepada kemaraan perjuangan yang lebih besar. Tumpukan segala daya dan tenaga untuk memenangi dan menguasai pertarungan seterus nya. Jadikan kesilapan yang ada itu guru untuk mengajar kita supaya bijaksana,sabar dan teliti. Ingat orang yang bijaksana itu , “ Apa yang diusaha dan dicapai hari ini lebih baik dari semalam dan apa yang diusaha dan dicapai besok lebih baik dari hari ini “
Anak-anak pewaris bangsa,
Jangan sesekali memandang enteng pertarungan ini. Pertarungan UPSR ini adalah yang pertama dan terakhir. Tiada lagi pertandingan ulangan sama ada menang atau kecundang. Tidak ada. Oleh itu guna peluang ini sebaik mungkin. Jangan undur dan mengaku kalah. Kamu adalah sang juara terhebat. Harapan untuk membawa obor amanah dan maruah diri,keluarga,bangsa,agama dan negara pada masa depan. Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan bermacam lagi sekolah hebat sedang menunggu kamu. Kamu adalah permata kami yang perlu dicanai di sekolah-sekolah hebat ini agar gemerlap menyinari semesta tamaddun bangsa pada masa depan . Jangan lepas peluang ini.
Rebut,rebut,re but dan rebut.
Anak-anak yang bersemangat waja,
Katakan kepada dirimu sendiri..
Jika ada 1,000 manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Akulah salah seorang daripadanya….
Jika ada 100 manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Katakan kepada dirimu sendiri..
Akulah  salah seorang daripadanya…
Jika ada 10 manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Katakan kepada dirimu sendiri…
Akulah salah seorang daripadanya…
Jika ada 1 sahaja manusia yang beroleh 5A UPSR 2012
Katakan kepada dirimu sendiri..
AKUlah itu….
Anak-anak kami yang kami kasih kami doakan…
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Berikah anak-anak kami yang bakal menduduki UPSR
Kekuatan minda, jiwa, rohani dan spiritual,
Campak ke dalam hati mereka  ketenangan dan keberanian..
Ya Allah Ya Rahim
Dengan sifat penyayang dan pengasihMU
Berikan kesihatan yang mantap serta terhindar dari
Segala penyakit dan musibah sepanjang
Menduduki ujian UPSR ini…
Lapang dan permudahkanlah urusan mereka
menghadapi ujian ini agar nanti bakal
menjadi anak-anak pintar soleh mengenang budi
serta pendokong ummah dan agamaMu
dipersada dunia dengan  cemerlang dan terbilang.
Ya Allah…
Hanya kepadaMu kami memohon
Keampunan dan pertolongan
Amin….
Salam Perjuangan
USR Blogger Team
JPN Terengganu

09.09.2012

Ahad, 2 September 2012

Ujian Tambah Nilai 2012

Pada hari ini 2 September 2012 seluruh pelajar Tahun 6 Negeri Terengganu akan menduduki Ujian Tambah Nilai UPSR 2012. Selamat Menjawab Soalan ......

Jumaat, 31 Ogos 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55

Keterangan logo Merdeka 55

Bendera berkibar – Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserah di persada dunia.

Angka 55 – Melambangkan kedaulatan institusi raja berpelembagaan dan kedaulatan negara yang telah dipertahankan sejak 55 tahun.

Huruf M – Melambangkan perpasuan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.

Ayat ‘erdeka’ – Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

Ayat ‘Janji Ditepati’ – Melambangkan kesungguhan dan  komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.

Logo 1 Malaysia – Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.

Rabu, 29 Ogos 2012

Salam Aidilfitri Kepada Semua Pembaca...

Di bulan Syawal ini, Pihak Sekolah ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua pembaca setia blogspot sekolah. Bagaimana suasana Aidilfitri di tempat anda ketika ini? Pihak Sekolah harapkan agar kita semua mengambil peluang ini untuk mengeratkan silaturrahim dan bermaafan sesama kita.
Dengan ini, dari lubuk batin dan seikhlas hati, ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca setia blogspot sekolah, Facebook Sekolah & semua yang mengenali diri ini. Juga tak ketinggalan kepada semua teman yang sama-sama berjuang dalam dunia pendidikan. Mohon ampun maaf zahir & batin sekiranya ada kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, tersilap gurau, atau apa-apa sahaja yang buat kalian terasa sepanjang kita mengenali.
Segala kekurangan adalah kelemahan kami sendiri & segala yang baik dari Allah S.W.T. Halalkan segala-galanya. Semoga silaturahim & ukhwah kita semua berpanjangan. Selamat bergembira bersama keluarga tersayang!
“Yang jauh kita dekat-dekatkan, Yang dekat kita erat-eratkan”
Salam Sesuci Lebaran! :)
Bak kata Najwa Latif, "Kosong-Kosong"

Selasa, 24 Julai 2012

Selamat Menyambut Ramadan Al - Mubarak

Salam Ramadan diucapkan. Mudah-mudahan Ramadan kali ini memberi makna yang begitu besar kepada hidup kita semuanya. Marilah kita memperbanyakkan amalan dan menjauhkan diri daripada maksiat dan perkara yang boleh membawa murka ALLAH. Moga puasa yang disebut Nabi sebagai hanya mendapat lapar dan dahaga itu bukan puasa kita.

Bagaimana amalan kita sepanjang bulan ini? Sama-sama kita muhasabah diri agar kita sentiasa tergolong di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Di mana syurga ALLAH itu diciptakan khusus untuk dua golongan ini.
  Bulan ini adalah bulan untuk kita mendidik nafsu kita. Kalau selama ini nafsu yang mendidik kita selama 11 bulan, cuba pula pada 1 bulan ini untuk mendidik nafsu. Bulan ini juga bulan mujahadah. Bukannya bulan untuk bermalas-malasan dengan alasan letih berpuasa. Sehingga ada yang tidur selepas sahur dan hanya bangun ketika berbuka, dahsyat! Sedangkan para sahabat boleh berperang pada bulan Ramadan, apatah lagi kita yang langsung tidak berperang secara mengangkat senjata ini. 

 Akhirnya, itu sajalah yang dapat pihak admin titipkan untuk catatan ringkas kali ini. Jumpa lagi di lain lapangan.Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka Puasa...
 

Khamis, 12 Julai 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia 2012

Pada 10 Julai 2012 (Selasa), SK Kampung Gemuroh telah mengadakan acara Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia bermula jam 8.00 pagi. Semua guru dan murid telah terlibat dalam acara tersebut. Senamrobik tersebut dijalankan dengan berpandukan cd yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Berikut ialah suasana acara senamrobik yang telah dijalankan di sekolah.









Tahniah! Kepada semua guru dan murid yang telah menjayakan Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Syabas semua!

Selasa, 10 Julai 2012

KEM GERAK GEMPUR UPSR 2012 DI ANESS CHALET, MENGABANG TELIPOT, KUALA TERENGGANU

Sekitar Suasana Kem Gerak Gempur UPSR 2012 yang telah diadakan di Aness Chalet, Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. Untuk makluman, Kem Gerak Gempur UPSR ini telah disertai oleh murid-murid Tahun 6 dan sebahagiannya murid-murid Tahun 5. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu pada 5, 6 dan 7 Julai 2012.



Khamis, 28 Jun 2012

KEJOHANAN BALAPAN/PADANG DAN SUKANEKA 2012

Kejohanan Sukan Balapan/Padang dan Sukaneka 2012 berlangsung dengan meriah sekali dengan kehadiran para ibubapa . Acara dimulakan dengan perarakan masuk kontijen-kontijen rumah sukan masing-masing.

Kontijen Pra-sekolah mendahului perarakan masuk padang dengan pembawa-pembawa bendera.
Inilah 'atlit-atlit' dari Pra-sekolah.Berjalan menyusun langkah dengan bersungguh-sungguh.
Memulakan perarakan masuk ialah kontijen Rumah Biru dengan slogannya"Gomo Belake".Amenda nak digomonye ntah le...
Seterusnya, kontijen Rumah Hijau dengan slogannya "Hijau Terhebat".




Isnin, 25 Jun 2012

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG DAN SUKANEKA



ACARA 200M (SARINGAN)  DAN PADANG (AKHIR)

24 JUN 2012 (200M P1,P2 / LOMPAT JAUH LI, L2 / LONTAR PELURU P1)

25 JUN 2012 (200M L1,L2 / LOMPAT JAUH P1, P2 / LONTAR PELURU L1)

ACARA : 5.00 petang

PENGURUS PASUKAN :

RUMAH BIRU : Puan Rohaya Bt Ismail
RUMAH HIJAU : Encik Nazaruddin Bin Muhammad Nor
RUMAH KUNING : Puan Nor Azizah Bt Tengah
RUMAH MERAH : Puan Noryani Bt Abd Ghani

PEGAWAI KEJOHANAN :

1. Lompat Jauh
          - En. Zazmi Mansor
          - En. Mohamad Zit
          - Cik Malathi a/p Decoraja
- Pn. Norita Yusof

2. Lontar Peluru
          - En. Usop Awang
          - En. Mamat Awang
          - Pn. Tuan Manis Tuan Majid

3. Penjaga Masa
          - En. Asmadi Ismail
          - Pn. Rosnaini Bt Mat Ali
          - Ustazah Mazaini Bt Mokhtar
          - Pn. Wan Suriyati Bt Wan Muhammad
- Pn. Halinawati Halim

4. Hakim
          - En. Saufe Ibrahim
          - Pn. Rozana Othman
          - Pn. Norhayati Yusof
          - Ustazah Hafizah Saffeen
         
5. Pegawai Pelepas
          - En. Mohd Al Sidek Yusof
          - En. Yusof Fauzi Mamat

ACARA SARINGAN 200M - P1 & P2, LONTAR PELURU DAN LOMPAT JAUH

FOTO-FOTO SEKITAR ACARA SARINGAN 200M P1/P2, LONTAR PELURU DAN LOMPAT JAUH PETANG TADI.

 Acara dimulakan jam 5.00 petang. Pegawai kejohanan dan ahli rumah sukan lain turut memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.













Peserta-peserta sedang keletihan.



Seorang peserta baru selesai melontar peluru.....tapi 'batal' pulak.


Cikgu Tazan sedang menunjukkan cara dan teknik yang betul melontar peluru.


Rumah Biru sedang menggayakan hikmat 'burung terbang' diudara.....hebat.!



Pegawai kejohanan yang bertugas sedang mengambil bacaan bagi acara lompat jauh.









Syabas..!!! Kepada semua peserta yang berjaya dan Terima Kasih kepada Pegawai Kejohanan yang bertugas ....

PERHIMPUNAN MINGGUAN


Cikgu Tazan sedang memaklumkan mengenai kejohanan sukan tahunan sekolah dan acara saringan bagi acara 200m P1 dan P2 pada petang ini dan juga acara akhir bagi acara lontar peluru dan lompat jauh. Acara akan berlangsung jam 5.00m petang.


Sebahagian murid-murid mendengar ucapan yang disampaikan oleh guru bertugas.



GPK HEM (sebelah) sedang memperingatkan murid mengenai kehadiran semasa aktiviti kejohanan sukan. Manakala GPK 1(atas) sedang memberi ucapan penuh ilmuan dan iktibaran kepada murid-murid.




Ahad, 17 Jun 2012

FOTO-FOTO LATIHAN RUMAH SUKAN

 Sebahagian murid Rumah Merah yang sedang menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.

 Tetapi Rumah Kuning lagi bersemangat kental.

 Tidak ketinggalan juga Rumah Biru yang menunjukkan aksi berani.

 Akhirnya, murid Rumah Hijau juga yang hebat menuju ke garisan penamat.

Guru-guru Rumah Sukan yang sedang sibuk memilih peserta bagi Kejohanan Balapan/Padang & Sukaneka.


CERAMAH ISRA' MIKRAJ

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah. Sehubungan dengan itu pihak sekolah telah mengadakan sambutan Israk Mikraj yang berlangsung pagi tadi. 
Ustazah Norhayati sedang menyampaikan sedikit ceramah berkaitan Isra' Mikraj di tapak perhimpunan pagi tadi.
Murid-murid sedang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.

SALAM ISRA' MIKRAJ DARI KAMI SK KAMPUNG GEMUROH

PERINGATAN :

Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.