BLOG MILO AIS SUAM

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK KAMPUNG GEMUROH, 21060 KUALA TERENGGANU (09-6667882)KOD SEKOLAH : TBA3067

Rabu, 15 Mei 2013

Klip Video Khas Buat Jasa Guruku....

Terima kasih ..... kerana menonton.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013

Selamat Hari Guru buat semua guru SK Kg Gemuroh....

Isnin, 13 Mei 2013

Tema Hari Guru 2013

TEMA HARI GURU 2013 : GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
Salam Satu Malaysia,
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013
telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh  YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:

GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA



HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA


HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Ahad, 12 Mei 2013

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013

Berikut adalah jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 bagi Tahun 4,5 dan 6 sahaja.



Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu UPSR 2013

Pada hari Khamis yang lalu, murid-murid Tahun 6 telah didedahkan dengan teknik dan tips dalam menjawab soalan Bahasa Melayu bagi menghadapi UPSR 2013. Semoga ilmu yang diterima akan diamalkan untuk menghadapi UPSR nanti.


PERINGATAN :

Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.