BLOG MILO AIS SUAM

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK KAMPUNG GEMUROH, 21060 KUALA TERENGGANU (09-6667882)KOD SEKOLAH : TBA3067

Selasa, 23 Julai 2013

TAZKIRAH KHAS RAMADHAN....

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam

Isnin, 15 Julai 2013

Majlis Ihya Ramadhan...

Salah satu program dari Panitia Agama Islam...iaitu Majlis Ihya Ramadhan dan bacaan Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ini. Murid-murid dan guru-guru yang ada masa terluang digalakkan membaca Al-Quran sepanjang bulan puasa ini dan dijangkakan Majlis Khatam Al-Quran akan dilaksanakan pada 5 Ogos 2013 bertempat di surau sekolah. Berikut suasana pelancaran Majlis Ihya Ramadhan 2013..






Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak...

Maaf semua pengunjung dan peminat blog...kerana sudah lama tidak "update" blog ini disebabkan kekangan masa dan masalah-masalah lain. Walau bagaimanapun, nampaknya belum lagi terlewat untuk pihak kami mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa....." . Semoga Ramadhan kali ini akan melimpahkan keberkatan dan melipatgandakan amalan-amalan kita sepanjang berada di bulan mulia ini. InsyaAllah.. 

PERINGATAN :

Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.