Salam Ramadan diucapkan. Mudah-mudahan Ramadan kali ini memberi makna
yang begitu besar kepada hidup kita semuanya. Marilah kita memperbanyakkan
amalan dan menjauhkan diri daripada maksiat dan perkara yang boleh
membawa murka ALLAH. Moga puasa yang disebut Nabi sebagai hanya mendapat
lapar dan dahaga itu bukan puasa kita.
Bagaimana amalan kita sepanjang bulan ini? Sama-sama kita muhasabah
diri agar kita sentiasa tergolong di kalangan hambaNya yang beriman dan
beramal soleh. Di mana syurga ALLAH itu diciptakan khusus untuk dua
golongan ini.
Bulan ini adalah bulan untuk kita mendidik nafsu
kita. Kalau selama ini nafsu yang mendidik kita selama 11 bulan, cuba
pula pada 1 bulan ini untuk mendidik nafsu. Bulan ini juga bulan
mujahadah. Bukannya bulan untuk bermalas-malasan dengan alasan letih
berpuasa. Sehingga ada yang tidur selepas sahur dan hanya bangun ketika
berbuka, dahsyat! Sedangkan para sahabat boleh berperang pada bulan
Ramadan, apatah lagi kita yang langsung tidak berperang secara
mengangkat senjata ini.
Akhirnya, itu sajalah yang dapat pihak admin titipkan untuk catatan ringkas kali ini. Jumpa lagi di lain lapangan.Selamat Berpuasa dan Selamat Berbuka Puasa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan