BLOG MILO AIS SUAM

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK KAMPUNG GEMUROH, 21060 KUALA TERENGGANU (09-6667882)KOD SEKOLAH : TBA3067

Ahad, 13 Januari 2013

Selamat Datang Tahun 2013...



Selamat Datang Tahun 2013. Semoga dipanjangkan usia. Hidup Berkat. Paling penting bertambah iman, ilmu dan hidup ini diredai Allah SWT. Akhlak yang lebih baik daripada tahun 2012.

Tak terasa setahun telah berlalu, mungkin banyak kenangan yang tak terlupakan bagi teman-teman perjuangan dan murid-murid sekolah pada tahun 2012.


Masa lalu adalah sejarah, hari ini adalah goresan, hari esok adalah harapan. Selamat datang selamat tahun baru 2013. Seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan. Selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan.
Paling penting hidup ini diredai Allah SWT. Semoga Allah SWT perkenankan doaku. "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".

Sampai jumpa lagi...terimalah kata-kata seloka di bawah ;

"buka hati dapat cinta
buka tangan dapat persahabatan

buka mata dapat pemandangan

buka handphone dapat pesan

buka pesan dapat ucapan

selamat tahun baru 2013
"






 

PERINGATAN :

Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.