BLOG MILO AIS SUAM

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SK KAMPUNG GEMUROH, 21060 KUALA TERENGGANU (09-6667882)KOD SEKOLAH : TBA3067

Jumaat, 31 Ogos 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55

Keterangan logo Merdeka 55

Bendera berkibar – Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserah di persada dunia.

Angka 55 – Melambangkan kedaulatan institusi raja berpelembagaan dan kedaulatan negara yang telah dipertahankan sejak 55 tahun.

Huruf M – Melambangkan perpasuan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.

Ayat ‘erdeka’ – Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

Ayat ‘Janji Ditepati’ – Melambangkan kesungguhan dan  komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.

Logo 1 Malaysia – Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.

Rabu, 29 Ogos 2012

Salam Aidilfitri Kepada Semua Pembaca...

Di bulan Syawal ini, Pihak Sekolah ingin mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua pembaca setia blogspot sekolah. Bagaimana suasana Aidilfitri di tempat anda ketika ini? Pihak Sekolah harapkan agar kita semua mengambil peluang ini untuk mengeratkan silaturrahim dan bermaafan sesama kita.
Dengan ini, dari lubuk batin dan seikhlas hati, ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca setia blogspot sekolah, Facebook Sekolah & semua yang mengenali diri ini. Juga tak ketinggalan kepada semua teman yang sama-sama berjuang dalam dunia pendidikan. Mohon ampun maaf zahir & batin sekiranya ada kesalahan, kesilapan, terkasar bahasa, tersilap gurau, atau apa-apa sahaja yang buat kalian terasa sepanjang kita mengenali.
Segala kekurangan adalah kelemahan kami sendiri & segala yang baik dari Allah S.W.T. Halalkan segala-galanya. Semoga silaturahim & ukhwah kita semua berpanjangan. Selamat bergembira bersama keluarga tersayang!
“Yang jauh kita dekat-dekatkan, Yang dekat kita erat-eratkan”
Salam Sesuci Lebaran! :)
Bak kata Najwa Latif, "Kosong-Kosong"

PERINGATAN :

Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dan aplikasi dalam laman ini.